Terkini: Rafizi "kantoi" fitnah Perdana Menteri?

Kalau tak tahu, jngan pura-pura tahu. Jika tidak pandai, jangan pula nak tunjuk pandai. Jika kurang pasti tentang sesuatu perkara, cuba periksa terlebih dahulu kerana jika terlalu gelojoh menyebarkan sesuatu perkara pada khalayak ramai, bimbang orang akan menggelar kita sebagai "bodoh".

Begitulah jadinya pada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, apabila menuduh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, mungkir janji dan tidak hadir ke majlis kenduri perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said.

Mungkin terlalu yakin dengan "ketidak hadiran" Najib di majlis tersebut, Rafizi seolah-olah cuba mengajuk Ahmad Said dengan mempersoal apakah bekas Menteri Besar itu akan "merajuk" sekali lagi.

KedahNews.com sebenarnya agak terkejut dengan perlakuan tidak matang, kebudak-budakan dan "bodoh sombong" Rafizi itu memandangkan dia merupakan antara pemimpin terpelajar serta anak didik terbaik Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.



Hairan juga, kenapa dia bersikap sedemikian? KedahNews.com tidak tahu dari mana Rafizi mendapat maklumat mengenai "ketidak hadiran" Najib di majlis perkahwinan itu. Namun tidak kira siapa yang beri maklumat padanya, sewajarnya dia periksa dulu tentang kesahihan dakwaan tersebut, bukan?

Dan kini, siapa yang malu? Siapa yang terkedu? Hajat dihati ingin "mengenakan" orang, tapi diri sendiri pula yang terjerat, integriti Rafizi tercemar di mata rakyat, khususnya pengikut pemimpin muda PKR itu di laman Twitter.

Apabila Rafizi menuduh tentang sesuatu perkara dan tuduhan itu dibuktikan tidak benar, maka ia boleh dikategorikan sebagai berdosa besar kerana memfitnah seseorang.

Dan sekiranya dirujuk pada agama Islam, Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang mafhumnya memberitahu bahawa dosa memfitnah itu adalah lebih besar dari dosa membunuh, bukan?

Dalam konteks ini, KedahNews.com amat mencadangkan agar Rafizi memohon maaf secara rasmi dan terbuka pada Perdana Menteri atas ketelanjurannya memfitnah serta memburuk-burukkan pemimpin nombor satu negara itu di khalayak umum.

Seterusnya, Rafizi juga wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya pada semua "followers"nya di laman Twitter kerana bersikap tidak adil, zalim dan menyebarkan tuduhan palsu kepada mereka semalam.

KedahNews.com yakin, mengaku salah dan meminta maaf adalah sangat digalakkan di dalam Islam dan Rafizi sebagai salah seorang umatnya wajar berbuat demikian. Itulah yang sebaik-baiknya, bukan? Wallahu'alam. -KedahNews.com