The Band "Poyo", Kilauan Emas Lebih Baik - Sharnaz

Mungkin ada sebahagian daripada peminat yang pernah menyaksikan program realiti TV, The Band di Astro sama ada secara tak sengaja ataupun sebaliknya.

Adakah anda terhibur menonton rancangan berkenaan? Malangnya, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dilihat seperti tidak berpuas hati dengan peserta program The Band.

 Menerusi Instagram petang semalam, Sharnaaz dilihat lantang meluahkan pendapatnya mengenai sikap para peserta program itu yang tidak boleh menerima nasihat dan kritikan.

Malah, Sharnaaz juga tanpa berselindung menyatakan rancangan tersebut amat menghampakan. Aktor itu turut mencabar ahli The Band untuk membuktikan kepada industri hiburan bahawa penglibatan mereka tidak sia-sia.

 Bukan Sharnaaz seorang sahaja yang berpendapat sebegitu, nampaknya teguran pelakon tersebut juga disokong sebulatnya oleh sekelompok besar peminat di Instagram.

Terdahulu, Sharnaaz juga menggelar The Band sebagai loser dan membandingkan program tersebut dengan rancangan Kilauan Emas yang jauh lebih baik.