Dalam kehidupan harian kita, kita sentiasa dalam persoalan mencari kebahagiaan. Bagaimana caranya untuk kita bahagia dan apakah “alatannya” untuk kita bahagia.
Ada yang mengatakan duit mendatangkan bahagia dan ada juga yang mengatakan rumah besar sebagai kebahagiaan dan pelbagai lagi tapi pada hari ini saya ingin menyentuh perkara yang paling penting sekali iaitu pasangan hidup.
Sebenarnya pasangan hiduplah yang paling besar sekali memberi impak ke dalam isu kebahagiaan kita.
Walau bagaimana pun, untuk mencari pasangan hidup yang mungkin memberi kebahagiaan kepada kita adalah sukar tetapi mungkin dengan tip-tip ini, anda semua boleh menggunakannya untuk mencapai kebahagiaan:
1. Beragama
Dalam hal ini, pasangan yang anda cari mestilah mempunyai kepercayaan ataupun pegangan ugama yang kuat. Lebih-lebih lagi dalam Agama Islam kerana Islam mementingkan kesejahteraan, keharmonian dan kesederhanaan.
Kenapa agama penting? Kerana jika anda memilih calon pasangan yang tiada pegangan agama yang kuat,terutama Islam, mereka cenderung melakukan sesuatu yang berdosa dan menyalahi hukum2 sosial seperti berlaku curang kerana tiada pegangan agama.
Kasar kerana tidak menghormati status pasangan dan hati pasangan anda dan mungkin mencerca atau mencaci atau merendah-rendahkan pasangan anda kerana tiada rasa takut akan dosa kerana melukai hati pasangan mereka dan menghormati mereka lagi.
Selain itu, pasangan yang beragama menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat kerana sentiasa berusaha meningkatkan ketakwaan dan pedoman untuk satu-satu keluarga. Mereka sentiasa menjaga solat dan ini memberikan kesan yang positif kepada anak-anak mereka kelak dan pahala yang mereka perolehi adalah sentiasa berganda.
2. Cantik / berupa
Dalam isu cantik ini, tidak semestinya calon kita itu mempunyai wajah seperti pelakon atau ratu. Yang pentingnya, Dia benar2 cantik pada pandangan kita dan kita rasa tidak jemu memandangnya (setiap orang mempunyai citarasa berlainan).
Ini penting untuk kebahagiaan kerana jika pasangan anda tidak jemu dipandang, ianya akan mewujudkan satu perasaan rindu pada satu sama lain dan ini menguatkan lagi ikatan satu-satu hubungan itu.
Bayangkan jika satu pasangan yang saling kerinduan berjumpa, sudah tentu mereka akan serapat-rapat jua dan tidak ingin berpisah. Selain itu juga, pasangan harus sentiasa berusaha memberi impak kecantikkan kepada pasangan anda dan ianya wajib bagi menarik perhatian pasangan anda dan pasangan anda sahaja.
3. Berharta
Harta yang dimaksudkan bukanlah wang ringgit yang tinggi menggunung atau emas berlian. Yang pentingnya ialah kemampuan untuk menyara pasangan dan anak-anak nanti. Ini bukan hanya tertakluk pada suami, malah bagi para calon isteri.
Kehidupan berumahtangga sebenarnya ialah untuk berkongsi hidup serta susah dan senang. Calon suami wajib memberi nafkah pada keluarga tetapi jika tidak berkemampuan, calon isteri boleh menolong agar bersama-sama mengharungi kehidupan.
Jika pasangan kia seorang yang tidak berharta, mampu menyara, kehidupan sesebuah rumahtangga itu akan menjadi kucar-kacir dan akan sentiasa menjadi pergaduhan antara pasangan-pasangan tersebut kerana lumrah manusia tidak sukakan pada kesusahan selain itu ia menyebabkan anak-anak terbiar tanpa kebajikan.
4. Menjaga hati, tidak cemburu buta dan tidak kasar.
Setiap calon pasangan mesti sentiasa dan berusaha menjaga hati pasangan yang lain. Carilah pasangan yang bertoleransi, lemah-lembut, baik bicaranya dan tinggi budinya.
Rupa yang cantik atau tidak, jika salah satu pasangan yang dipilih adalah kasar, suka mengungkit dan berfikiran negatif, pasangan ini tidak akan bahagia kerana sentiasa ada pihak yang makan hati, terasa, tersinggung dan bermacam-macam lagi yang akhirnya mendatangkan kebencian.
Jaga lidah anda walau pun marah sekalipun kerana anda mungkin akan menyebut sesuatu yang melukakan hati pasangan anda dan ada lukan yang tidak akan sembuh sampai bila-bila. Jangan mengungkit kesusahan anda atau kebaikkan anda.
Jangan menuduh sesuatu tanpa bukti dan jangan berfikiran negatif. Percaya satu sama lain adalah kunci kejayaan satu-satu pasangan. Jagalah dengan cara terbaik.
5. Keluarga yang baik-baik
Ibu-bapa dan keluarga calong suami/isteri anda adalah cermin pada pasangan anda kerana didikan mereka. Keluarga yang memegang hukum-hukum Islam biasanya menghasilkan anak-anak yang soleh serta menghormati orang lain.
Keluarga yang kasar, akan menghasilkan anak yang kasar, keluarga yang pincang, akan menghasilkan anak yang pincang dan sentiasa berfikiran negatif. Pilihlah dari keluarga yang baik-baik agar kebaikkan mereka dapat membantu anda sekali dalam mencari keredhaan.
6. Para-para calon isteri, hormatilah calon suami atau isteri anda.
Wanita dilahirkan sebagai makhluk yang lemah lembut dan mampu menggegarkan dunia. Kekasaran waniata tidak dapat diterima sama sekali terutama bila bergelar isteri kerana ianya menjadi kederhakaan.
Jangan tinggikan suara anda pada suami anda, api harus dilawan dengan air, panas dengan sejuk dan ego dengan kerendahan.
Bukan mengatakan yang para isteri harus mengikut semua kata-kata suami, tetapi mesti berlandaskan kepada agama. Anda harus sentiasa pandai bermain kata-kata kerana lelaki memang patah dengan kata-kata wanita.
Jangan sekali-kali derhaka pada suami anda, kekerasan anda akan mendatangkan bala pada anda.
“Syurga di bawah tapak kaki ibu bagi anak dan suami dan syurga di bawah tapak kaki suami bagi isteri”.
Jangan kerana emosi anda dan mengikut perasaan, anda terjerumus ke dalam kemurkaan dan jangan lupa, anda juga mempunyai hak untuk terus hidup, selamat dan bahagia.
Enam perkara ini adalah asas yang harus di cari dalam mencari pasangan ideal anda.
Memang susah dan terutamanya bila nada bercinta, semuanya indah dan anda tidak dapat melihat ini semua dan akhirnya anda menyesal kerana sentiasa terlibat dengan pergaduhan dan akhirnya perpisahan. Dan yang penting sekali, anak-anak anda yang menanggung derita.
Tip-tip ini sebenarnya adalah untuk anda mencari kebahagiaan dalam rumahtangga dan agar kehidupan anda dan anak-anak sentiasa dalam kegembiraan.
Tip-tip ini sebenarnya adalah untuk anda mencari kebahagiaan dalam rumahtangga dan agar kehidupan anda dan anak-anak sentiasa dalam kegembiraan.
Carilah calon pasangan anda sebaik-baiknya kerana ianya bukan sahaja untuk di dunia malah untuk akhirat kelak. Ini sekadar tips dan info. Jodoh dari Maha Kuasa tetapi juga atas usaha kita. -KedahNews.com