Johor Bharu, 26 Mei – Tunku Mahkota
Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan taniah kepada Tengku
Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kerana berjaya memenangi
pemilihan jawatan sebagai Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
Dalam pemilihan yang di jalankan
di Wisma FAM semalam, TMJ tewas dalam pertandingan satu lawan satu menentang
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
TMJ yang tewas dalam pemilihan
itu berharap Tengku Abdullah yang dilantik sebagai Presiden FAM yang baru
semalam dapat memberikan satu pembaharuan dan menukar lanskap bola sepak
Malaysia.
“Semoga Kebawah Duli Tuanku dapat memberikan pembaharuan dan
menukar landskap bola sepak Malaysia. Insya-Allah,” kata Tunku Ismail Sultan
Ibrahim dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi
Harimau Selatan itu.
Pemilihan yang berlangsung di Wisma FAM semalam
menyaksikan, Tengku Abdullah berjaya memenangi jawatan presiden selepas
memperolehi 27 undi manakala TMJ mendapat hanya 12 undi.
Sebelum pemilihan dijalankan, Bekas Presiden FAM,
Sultan Ahmad Shah mengadakan satu pengumuman khas mengenai keputusan untuk
menarik diri dalam pemilihan jawatan presiden atas faktor usia dan mahu FAM
diterajui oleh pemimpin baharu yang bakal mengantikanya setelah 30 tahun
menjadi presiden dalam persatuan itu. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor