Tolak hukum Allah pun tak apa, asalkan dapat selfie dengan Dyana Sofya..?

Meskipun berpendirian menolak hukum Allah SWT kerana kekangan prinsip politiknya, calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, berjaya menarik perhatian orang Melayu beragama Islam di Pilihanraya Kecik (PRK) Teluk Intan.

Bermodalkan wajahnya yang dikatakan fotogenik, muda bergaya dan comel biarpun tidak bertudung, warga Teluk Intan yang beragama Islam begitu teruja untuk merakam gambar "selfie" bersama calon DAP yang terkenal dengan sifat "chauvinis ultra kiasu" itu.

Misalnya, Zaaimah Mohd Yusof,  yang kerap pulang ke kampung halamannya,  dia kali ini mahu mahu melihat Dyana Sofya dari dekat dan ber"selfie" dengannya.

"Kakak balik sebab nak jumpa calon, nak keliling kawasan untuk lihat suasana PRK, kalau dapat selfie dengan dengan 'Lady D'.

"Misi tercapai untuk berselfie dengan Dyana ketika terserempak dengan dia yang sedang berkempen di Pasar Minggu, memang bonus balik kampung kali ini,"katanya menganggap Dyana seolah-olah mendiang Puteri Wales, Puteri Diana.

Fatin Nabila Atan, 25, berkata, dia turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Dyana Sofya yang dinantikan sejak diumumkan sebagai calon.

"Saya sentiasa mendengar dan mendapatkan maklumat terkini mengenai lokasi kempen Dyana Sofya, tetapi sering sahaja tidak berkesempatan.

"Tetapi saya akhirnya dapat jumpa dia setelah hampir seminggu tertunggu-tunggu. Jadi apa lagi, saya gunakan peluang untuk ambil gambar dan selfie dengan dia," katanya dengan rasa teruja.

Muhd Hanif Matugimin, 18, pula berkata, ini merupakan kali pertama dapat berjumpa dengan Dyana Sofya kerana sebelum ini hanya melihat calon itu di televisyen dan poster.

"Bila dah jumpa depan Dyana Sofya, dia memang nampak comel dan mesra. Saya ada ambil gambar dia seorang.

"Tetapi saya tak sempat ambil gambar 'selfie' bersama dia kerana begitu ramai ketika itu, keadaan begitu sesak," katanya yang akan cuba lagi untuk ber'selfie' dengan calon itu.

Sementara itu, Azhar Abdul Wahab, 35, berkata, dia cukup berpuas hati dapat 'buah tangan' daripada Dyana Sofya walaupun tidak ber'selfie' dengan calon itu.

"Saya tak terkata semasa berhadapan dengan dia sampai terlupa nak minta untuk ambil gambar bersama. Malu pun ada, tetapi sebenarnya mahu.

"Tetapi saya sempat minta Dyana Sofya untuk turunkan tandatangan dia di baju saya, siap dengan ucapan 'thank you' (terima kasih)," katanya yang akan mengambil bersama dengan calon itu sekiranya berpeluang pada masa akan datang.

Tambahnya, dia pasti lebih ramai terutama anak muda di Teluk Intan akan terus 'memburu' Lady D itu untuk bergambar dan selfie bersama.

Bagi Nur Halimah Mutagimin, 18, dia bersama teman baiknya berpeluang untuk bergambar dengan Dyana Sofya.

"Sebaik sahaja dapat bergambar dengan Dyana Sofya, saya terus memuat naik gambar itu di Facebook.

"Setakat ini belum ada komen yang diterima tentang gambar itu tetapi sudah ada rakan-rakan yang 'like' (tanda suka).

"Apa yang penting, saya dah tidak lagi ketinggalan lagi di kalangan rakan-rakan saya di Facebook yang antaranya sudah pun mempunyai gambar termasuk 'selfie' bersama Dyana Sofya," katanya. -KedahNews.com

Sumber asal: Mstar