Kuala Lumpur –
UMNO akan terus mempertahankan prinsip perjuangan parti yang telah lama
diterapkan sejak penubuhannya 68 tahun yang lalu untuk terus memberikan
perkhimatan yang terbaik dalam membantu rakyat dinegara ini.
Prinsip yang
telah diterapkan di kalangan ahli dan pemimpin UMNO telah memberi banyak
manfaat kepada rakyat dinegara ini di samping dapat membantu rakyat untuk hidup
di dalam keadaan aman dan makmur.
“Umno
bertanggungjawab untuk terus mengekalkan keseimbangan politik yang sentiasa
menjadi asas dalam keamanan, kestabilan dan kemakmuran dinegara kita,” kata
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam semasa menyampaikan
perutusan hari ulang tahun Umno ke 68 yang akan diraikan hari ini.
Menurutnya lagi,
UMNO tidak seharusnya terpedaya dengan perubahan masa yang berlaku dan perlu
bersatu padu untuk mencari nilai-nilai baharu bagi mengekalkan keseimbangan
politik yang sedia ada bagi menjamin kemakmuran negara pada masa ini.
Terdapat golongan
yang ekstrim yang inginkan kebebasan serta kesamarataan dalam kehidupan hari ini sanggup mengenetepikan nilai-nilai agama, budaya
dan tradisi semangat antara kaum yang telah lama diterapkan dalam masyarakat
majmuk sejak dahulu lagi.
Golongan ini
sanggup melakukan pelbagai tindakan yang dilihat akan menganggu atau memecah
belahkan masyarakat di negara ini.
Ada juga
golongan yang dilihat menolak sekeras-kerasnya nilai-nilai baharu ini serta
menganggap ia sebagai satu ancaman besar terhadap agama dan budaya
masing-masing. Mereka akan terus mngambil tindakan yang drastik demi
mempertahankan nilai serta kepercayaan mereka.
Menurutnya lagi,
amanah yang telah diberikan oleh mantan pemimpin terdahulu merupakan satu
tanggungjawab yang berat untuk dipikul dan pemimpin yang baru harus bijak
mengatur strategi bagi memastikan parti akan sentiasa diterima rakyat.
Justeru itu, beliau
menyeru kepada kepada ahli di dalam parti supaya sentiasa berdoa semoga Umno
sentiasa cekal dalam mengharungi cabaran dan sentiasa berpegang kuat kepada
prinsip Umno sejak parti ini ditubuhkan.
Ulang tahun Umno
yang ke-68 hari ini akan dirasmikan oleh, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). –KedahNews.com