Video: "Ala filem Hollywood", kejadian tembak-menembak di MRR2

PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi berjaya menggagalkan cubaan penjenayah melarikan diri di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) di kawasan Cheras sehingga berlaku kejadian tembak menembak.

Video saat cemas dengan bunyi tiga das tembakan telah dimuatnaik di saluran YouTube Oh!Media.
Rakaman dipercayai dibuat seorang daripada saksi kejadian yang merakamkan kejadian dengan menggunakan kamera telefon bimbit.

Menurut seorang saksi melalui status di Facebook, sebelum kejadian tembak menembak pasukan PDRM dan penjenayah telah kejar mengejar dan menurut saksi beliau berselisih dengan mereka ketika menghala ke Pandan Indah.

Tembak2_1
“Aku belum isi minyak diaorang patah balik, dan berakhir di atas jejambat.. sumpah laju diaorang drive dan ambil selekoh di jejambat berdekatan Hotel Flamingo, kereta polis pun boleh tahan laju,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini pihak PDRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kejadian berkenaan yang berlaku di MRR2 itu.

Penulis sertakan sekali video saat mencemaskan itu yang turut kedengaran tiga bunyi das tembakan. – MYNEWSHUB.MY