Video: "Kenangan indah" dari ibu mertua buat menantu!

SEORANG pengantin perempuan di Texas, Amerika Syarikat langsung tidak menyangka suami dan ibu mertuanya akan memberikan kejutan istimewa buatnya di hari perkahwinan mereka.

Tarian sentimental oleh dua beranak itu tiba-tiba bertukar menjadi rancak dengan rentak tari mengikut lagu Thriller yang dipopularkan oleh Michael Jackson.

kejutan

Ia sekaligus membuatkan para tetamu menjerit kerana teruja melihat persembahan kedua-duanya.

Anak-beranak ini turut menari beberapa lagi lagu termasuklah Gangnam Sytle dengan penuh tenaga.

Rakaman video suasana perkahwinan itu kini sudah ditonton lebih 2.8 juta kali di laman YouTube sejak ia dimuatnaik lebih sebulan yang lalu.

Memang sempoi! -Mynewshub.my