Vokalis Black Metal dibunuh kerana tak cukup "setan"!

Samong Traisattha (36) ialah vokalis kumpulan black metal, "Surrender To Divinity", sebuah band yang membawa imej satanik dan berasal dari Thailand. 

Bagaimanapun, Samong disahkan mati pada Jumaat lalu dipercayai akibat telah ditikam 30 kali dengan senjata tajam di rumahnya.

Siasatan yang dilakukan pihak berkuasa di negara itu percaya bahawa Samong telah ditikam seorang peminat fanatik yang membenci vokalis itu kerana tidak membawa imej yang cukup satanik.

Peminat yang dikenali sebagai Prakarn Harnphanbusakorn dilaporkan kemudian telah memuatnaik status di laman Facebook miliknya tertulis seperti berikut.


Difahamkan bahawa pihak berkuasa masih memburu Prakam yang masih belum dapat dikesan sehingga kini

Berikut adalah beberapa keping gambar Samong yang dikatakan tidak cukup "setan" itu. .-KedahNews.com