Alor Setar, 20
Mei – Kesengsaraan seorang warga emas yang sanggup mengambil upah mengupas
bawang demi menyara kehidupan bersama anaknya di Teluk Wanjah di ibaratkan satu
pengorbanan yang sangat besar.
Sofiah Dahalan,
65, berkata, dia menerima upah sebanyak RM1 ringgit untuk mengupas sebungkus
bawang yang diberi oleh seorang perniaga murtabak.
“Kalau ada 10
bungkusan bawang, boleh kata banyaklah upahnya, iaitu RM10 sehari. Namun,
kuantiti bawang diterima tidak menentu setiap hari.
“Kadang-kadang
banyak, kadang-kadang tidak. Bagaimanapun, wang upah akan dibahagi tiga dengan
dua jiran, yang turut sama membantu makcik hampir setiap hari,” katanya disini
semalam.
Sofiah mempunyai
lima orang anak tetapi difahamkan salah seorang daripada anaknya telah
meninggal dunia akibat penyakit gout.
Menurutnya lagi,
dia kini tinggal bersama dua orang anak lelakinya, Rosnizam Yusof, 42, dan Mohd
Rozi, 32, dalam sebuah kediaman usang milik arwah suaminya itu.
Salah seorang anak
lelakinya, Rosnizam merupakan duda anak lima memcari rezeki sebagai pemungut
sampah manakala adiknya pula bekerja sebagai kelindan lori sambilan.
“Melalui kutipan
bahan buangan seperti besi buruk, kertas mahupun botol kaca dari jam 8 pagi
hingga 6 petang setiap hari, dapatlah Rosnizam pendapatan sekitar RM20 sehari,”
katanya yang menghidap penyakit kencing manis.
Pegawai
Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Syahrul Nasir Mat Rais menjelaskan bahawa Sofiah menerima bantuan am (BA) sebanyak RM150, manakala anaknya elaun
pekerja cacat (EPC) RM300 untuk setiap bulan.
Mereka yang berhasrat meringankan beban keluarga Sofiah boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional milik anaknya (02122-29-00009053-7). – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Mereka yang berhasrat meringankan beban keluarga Sofiah boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional milik anaknya (02122-29-00009053-7). – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Sumber asal: Sinar Harian