Apabila peminat mengeluarkan kritikan terhadap
seorang selebriti, ada yang melabelkan bahawa itu bukan peminat sejati. Adakah
peminat sejati harus menerima apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti
kegemarannya dengan hati tulus redha tanpa sebarang soalan?
Satu soalan yang
agak sukar untuk dijawab.
Apa pun, sekeping gambar yang telah dikongsi
oleh Yuna menerusi laman Facebooknya baru-baru ini telah menimbulkan banyak
kritikan daripada peminatnya yang kurang menggemari cara berpakaian penyanyi
hebat ini.
Secara jujur, memang agak ketat pakaian yang
dipakai oleh Yuna. Apa yang menarik perhatian Nara ialah permintaaan segelintir
peminatnya yang mahukan Yuna kembali memakai fesyen seperti di awal
kemunculannya.
Bagi Nara, penampilan Yuna ketika itu amat bagus sekali dan
sangat sedap mata memandang. Lagipun Nara dapat rasakan para peminat Yuna lebih
fokuskan kualiti lagu dendangan Yuna dan tak ambil pusing sekiranya Yuna tidak
bergaya “up to date” dengan fesyen-fesyen semasa.
Mungkin Yuna perlu sedikit sebanyak mengambil
berat teguran dan kritikan daripada para peminatnya di Malaysia walaupun sedang
fokus mengembangkan kerjaya di Amerika Syarikat. Apa pun Abang Nara pasti Yuna
akan buat yang terbaik untuk dirinya. Sama-samalah kita terus mendoakan
kejayaan Yuna. -BeautifulNara