Tidak dapat dinafikan bekas penjaga gol skuad bola sepak Harimau Malaya, Apek atau nama sebenarnya, Khairul Fahmi Che Mat, merupakan pernah menjadi ikon popular bagi peminat dunia sukan tanahair.
Juga tidak dapat dinafikan bahawa nama Apek juga sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi khususnya membabitkan hubungannya dengan beberapa gadis cantik dan kehidupan sosialnya ketika itu.
Namun itu cerita lama. Apek telah berumahtangga dengan gadis bertuah, Leuniey Natasha, dan telah dikurniakan seorang bayi comel diberi nama Kayla Elayna yan lahir pada 3 Februari yang lalu.
Hari ini, Kayla genap berusia 4 bulan.
KedahNews.com berbesar hati untuk berkongsi beberapa keping gambar menarik dari Camora Arts, di sekitar majlis aqiqah yang diadakan Apek untuk anaknya yang berlangsung di Tunjong Banquets, Kota Bahru, baru-baru ini.
Gambar-gambarnya adalah seperti yang berikut. Comel, kan? -KedahNews.com