18 Gambar: Erin Malik Kini Tunangan Orang


Kuala Lumpur, 22 Jun – Pelakon Erin Malik 20, telah selamat mengikat tali pertunangan dengan Farriz Fauzy, 30 dalam satu majlis yang diadakan di Duta Suria Residency, Ampang semalam.

Juara Fear Factor itu berkata, dia sangat bersyukur selepas majlis pertunangan itu berjalan dengan lancar.
Menurut Erin lagi, walaupun tempoh perkenalan bersama tunangnya yang dikenali melalui laman sosial Instagram itu terlalu singkat, dia sangat yakin Farriz adalah pilihan yang tepat untuk dirinya.

"Kami berkenalan pada Januari lalu dan baru empat bulan mengenali, namun dalam tempoh yang singkat itu banyak perkara yang meyakinkan kami untuk ke peringkat seterusnya.
"Dia seorang yang memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan saya pula tidak ada masalah dalam hal berkahwin pada usia muda," katanya kepada mStar Online, pada malam Sabtu.

Sementara itu, Farriz mengakui pelakon itu seorang wanita yang sangat matang walaupun baru berusia 20 tahun dan percaya keserasian antara mereka mampu membina sebuah keluarga yang bahagia.

"Sasaran saya adalah untuk berkahwin pada usia 30 tahun dan saya jumpa Erin pada masa yang tepat.

"Saya tidak mahu menghabiskan banyak masa dengan bercinta, sementara kedua-dua belah keluarga memang sudah bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan yang mana asalnya dirancang pada tahun hadapan," kata Farriz yang mengakui telah merancang untuk berkahwin pada 10 Oktober ini.

Dalam majlis yang berlangsung semalam, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain,kain telekung dan kek.

Manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Antara rakan artis yang hadir pada majlis semalam, Fasha Sandha, Arja Lee dan Faralyna Idris. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor





pertunangan erin malek gambar majlis pertunangan erin malek dan tunang erin malik majlis tunang foto pertunangan erin malik erin malik tunang hantaran tunang erin malik erin malik hantaran tunang erin malek dan tunang erin malik dan farriz fauzy erin malek bertunang farriz fauzy erin malek bertunang erin malek tunang farriz fauzy erin malek dan farriz fauzy bertunang foto erin malek bertunang farriz fauzy