Abby Kesal Farhan Reka Cerita, Tutup Cerita Sebenar

Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi meluahkan rasa kesal atas tindakan bekas suami keduanya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, yang dikatakan mereka-reka cerita menuduhnya mencederakan lelaki itu sebelum ini.

Kata Abby, dia dan anak-anaknya tidak menyangka Farhan akan tergamak mendakwa dirinya "didera" selebriti itu dan secara tidak langsung sengaja membuka pekung hubungan mereka sebagai suami isteri.

"Hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera.." kata status terkini Abby yang dipetik dari akaun laman sosialnya.

Abby turut menafikan dirinya perna membaling kunci motor pada Farhan dan pelakon itu meluahkan rasa kesal terhadap bekas suaminya yang sering bertindak keluar rumah serta tidak pulang-pulang apabila pasangan itu bergaduh.

"Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah……. Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri… Tak balik2.

"Sy ajak bincang… taknak….. alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya ‘cerita rekaan’ ini tak terjangka dek akal Sy………Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR…," luah Abby lagi.

Para peminat industri hiburan tanahair semalam kecoh ekoran pendedahan Farhan semalam yang mempamerkan gambar kecederaan dirinya dan laporan polis yang pernah dia lakukan mendakwa dirinya dicederakan Abby yang ketika itu isterinya.

Semalam, Abby dan Farhan sah bercerai talak satu melalui satu sistem pesanan ringkas (sms) yang dikirimkan Farhan dan keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Mahkamah Syar'ie, Shaiful Azli Jamaludin.

Berikut adalah kenyataan penuh Abby:
Assalamualaikum……. Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH……… Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini……
Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup ‘semua’ cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini…. hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera…
Walhal sebelum ini kalaupun ada bergaduh situ sana sini, tp semuanya baik2 saja.
Biasalah hidup rumahtangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya…. Sy ada msg dia cakap pasal kenyataan ini, tp dia tak jawab pula… Sy berani je nk berdepan. Jumpakan lagi senang cerita. Kenapa mesti buat kenyataan yg secara tak sedar membuka aib sendiri? Yg kenyataan dia, Sy minta duit, tak bagi Sy marah.. yg tu palsu.
Amboiii! Banyaknya duit dia yer… Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah……. Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri… Tak balik2.
Sy ajak bincang… taknak….. alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya ‘cerita rekaan’ ini tak terjangka dek akal Sy………Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR….
Mohon ALLAH SWT jaga dia. Tak sangka cubaan dia mengaibkan sy sejauh ni………… ALHAMDULLILLAH…. Satu saja dari Sy: Untuk Sahabat2 diluar sana, Anda buleh baca, buleh dengar je apa yg dia kata… tp percaya jangan. Sebab dia mmg dah terbiasa MENIPU.
Jangan tokok tambah cerita Sahabat… kalau taktahu lebih baik diam saja k……..Tak selesai lagi. Banyak episod lagi ni…… Tunggu tindakan seterusnya di Mahkamah nanti. Sy terima takdir ini sebagai ‘ujian’ utk Sy. Wat lek Wat Peace je k