Bukannya tidak mahu mendirikan rumah tangga namun kisah putus
cintanya dengan lima jejaka sebelum ini mungkin menjadi penyebab
penyanyi dan pengacara popular, Adibah Noor sehingga kini masih lagi
tidak berteman.
Adibah mengakui dirinya begitu selesa hidup solo sambil dikelilingi kawan-kawan baiknya.
Malah, penyanyi berbakat besar ini juga mengatakan rakan-rakan
baiknya itu juga yang akan menjaganya di hari tua kelak sekiranya
dirinya masih belum bertemu jodoh dengan lelaki yang sesuai.
“Saya ada beberapa orang sahaja kawan yang saya simpan dan
ini adalah golongan manusia dalam kehidupan saya yang sampai ke tua kami
akan bersama.
Esok-esok kalau saya tak ada sesiapa, saya duduk rumah
diorang kot. Kami akan menjaga satu sama lain,” katanya yang dipetik dari laman web, Ohbulan.
Dalam perkembangan lain, Adibah kini muncul dengan single terbaharu berjudul Bahasa Rindu yang dinyanyikan bersama sahabat baiknya, Nizam Din.
Sumber: MYNEWSHUB.MY