Tekanan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semakin hebat dilancarkan apabila ura-ura Kerajaan Negeri itu untuk menggunakan sumber air lombong sebagai bekalan air bersih bagi penduduk Selangor dan Lembah Klang disanggah oleh Ahli Parlimen Klang (DAP), Charles Santiago.
Menurut Charles, dia benar-benar khuatir dengan niat Kerajaan Negeri itu dan mendakwa ujian yang dijalankan sebelum ini pada ketika air lombong dalam keadaan biasa tidak menggambarkan keadaan sebenar sumber air lombong itu pada musim kemarau.
Katanya, kandungan toksik logam dalam air kolam tersebut mungkin mencair ke tahap yang selamat dalam keadaan biasa dan oleh itu menunjukkan bahawa ia selamat untuk diminum rakyat.
Bagaimanapun dia menjelaskan bahawa semasa musim kemarau, nisbah kepekatan logam adalah diparas merbahaya dan berkemungkinan besar tidak lagi di tahap yang dianggap selamat.
Menurutnya, keadaan tersebut adalah disebabkan tindak balas pencairan logam berat adalah berbeza dalam keadaan biasa berbanding pada musim kemarau ekoran tahap takungan air yang berkurangan kandungannya.
Tegasnya, semasa musim kemarau atau ketika takungan air yang rendah, jumlah arsenik, plumbum dan logam berat lain akan meningkat secara semulajadi serta menjadi lebih pekat apabila takungan air lombong berkurangan.
"Ini mempunyai kesan ke atas kesihatan rakyat dan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Meluahkan rasa bimbangnya, Ahli Parlimen DAP itu menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu menjalankan ujian pada kandungan air lombong dan sumber air lain secara konsisten dan tidak seharusnya menolak begitu saja pandangannya.
Selain itu, Charles juga mahu persampelan Kementerian Kesihatan dan jabatan kimia dilakukan semasa takungan banyak dan ketika takungan kurang, sebelum pihak berkuasa negeri boleh memutuskan sama ada air bekas lombong selamat untuk digunakan.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan tempoh cuaca kering berpanjangan akan berlaku di Malaysia disebabkan kesan fenomena El Nino.
Kerajaan Negeri Selangor disifatkan tidak efektif dalam mengendalikan soal bekalan air sebelum ini apabila rakyat negeri itu dan sekitar Lembah Klang selalu terputus bekalan air bersih dalam tempoh yang agak luar biasa.
Selain berdolak-dalih dalam pembinaan Loji Langat 2 yang disifatkan pakar industri air sebagai kunci penyelesaian krisis air di negeri itu, Khalid dikatakan gagal memainkan peranannya sebagai Menteri Besar.
Kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar tergugat menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 tahun lalu apabila partinya sendiri, PKR, menggerakkan gerakan "Kajang Move" yang dikatakan sengaja dilaksanaka untuk "menggulingkan" beliau dari jawatan tersebut.
Bagaimanapun usaha itu gagal apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon apabila beliau disahkan bersalah oleh mahkamah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. -KedahNews.com