Davao, Filipina, 18 Jun – Sebuah restoran
di bandar ini telah menyediakan telur buaya sebagai hidangan pencuci mulut
sebagai sajian istimewa kepada para pelanggannya.
Pemilik restoran Sweet Spot
berkata, para pencinta haiwan ini tidak perlu bimbang kerana mereka menyediakan
teluar buaya yang tidak boleh menetas dan bukannya daging haiwan berkenaan.
Restoran ini menggunakan telur
buaya segai ganti telur ayam dan mencampurkan dengan ramuan biasa seperti susu,
krim, gula dan perisa.
Pemilik Sweet Spot, Dino dan
Bianca Ramos mencipta resepi itu kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan dengan
telur itu setelah menerimanya dari bapa saudara Dino yang juga pemilik Taman
Buaya Davao.
“Hasilnya sangat memberansangkan.
Sudah pasti ia aiskrim biasa yang tidak mempunyai bau buaya kerana kami hanya
menggunakan telurnya, tetapi ia betul-betul sedap.
“Buaya adalah spesis haiwan yang terancam.
Kami menggunakan telur lebihan atau yang tidak menetas,” kata salah seorang
pemilik restoran tersebut. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor