Vienna, Austria, 19 Jun – Seorang
wanita yang berbogel untuk berjemur di tepi tingkap kediamannya telah
menyebabkan berlakunya kemalngan di sebuah Bandar di sini semalam.
Tindakan wanita itu menyebabkan
beberapa pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terkejut
melihat kelibatnya di tingkap rumahnya dalam keadaan berbogel.
Seorang pengguna jalan raya, Gregory
Shahaki berkata, dia terkejut melihat aksi selamba wanita itu dan berjaya
merakam gambarnya yang sedang berbaring dengan kaki menjulur ke luar tingkap
aras tiga di bandar itu.
“Saya terkejut apabila
melihatnya,” katanya yang merupakan seorang pelajar.
Menurut sumber, bukan hanya
Shahaki sahaja yang melihat kejadian itu malah ramai lagi pengguna jalan raya
mengakui aksi wanita itu menyebabkan keadaan lalu lintas menjadi sesak sehingga
pasukan peronda keselamatan terpaksa dipanggil untuk mengawal kesesakan lalu
lintas yang berlaku.
“Ketika ramai mendongak melihat
wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar kenderaan
lain di hadapannya.
"Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui
tumpuannya terganggu berikutan tindakan wanita itu dan menunjuk ke arah tingkap
di mana wanita itu sedang berbaring," katanya seorang pengguna jalan raya,
Michael Kienast.
Sebaik pasukan peronda polis dating untuk mengawal lalu
lintas, kelibat wanita itu sudah tidak kelihatan dipercayai telah masuk ke
dalam rumahnya. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor