Kulim - Pengguna jalan raya di pekan Kulim dekat sini, meminta pihak
bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya terhadap lori muatan
pasir yang melalui laluan terbabit dalam keadaan basah dan berair.
Selain mengotorkan jalan, ia turut membahayakan penunggang motosikal dan kereta yang mengekori kenderaan berat terbabit.
Ahli Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), Hadzir Abdullah berkata, kenderaan berat yang masuk ke kawasan pekan Kulim harus membawa muatan kering kerana sekiranya membawa muatan pasir basah, ia melakukan kesalahan mengotorkan kawasan bandar.
“Perkara ini dimaklumkan kepada semua pemilik lori dan pengusaha pasir supaya tidak memindahkan pasir dalam keadaan basah dan berair.
"Ini akan mengakibatkan pengguna jalan raya lain berhadapan dengan masalah serta kekotoran," katanya kepada Sinar Harian.
Hadzir berkata, bagi mana-mana orang awam yang terlihat kenderaan berat muatan pasir basah ini memasuki kawasan pekan Kulim terutama pada waktu kemuncak, mereka boleh membuat laporan kepada pejabat tanah, polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Katanya, pihak berkuasa memandang serius tentang masalah lori membawa muatan pasir basah dan berair masuk ke kawasan pekan.
"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana pasir yang dibawa itu boleh mengakibatkan jalan menjadi kotor, kenderaan menjadi rosak selain risiko bahaya terutama kepada penunggang motosikal," katanya. -SH