Putrajaya - Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan Katolik, The Herald,
pada Isnin bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam
Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya
edisi bahasa Melayu.
Ketua
Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, yang mempengerusikan panel mendengar
hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan
kebenaran merayu itu.
Ini merupakan panel yang besar seumpamanya untuk menentukan permohon rayuan.
Gereja
itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya
terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013, yang melarang
penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu terbitannya.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.
Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar, Murphy Pakiam, memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.