Sebelum ini, KedahNews.com ada
mendengar khabar angin mengatakan dalam penghasilan nasi kandar terdapat
penggunaan dadah di dalam masakan itu yang mengakibatkan pengemar nasi kandar
berasa ketagih untuk menikmatinya setiap hari.
Ini kerana penyediaan untuk
membuat nasi kandar dikatakan menggunakan kas-kas yang juga sejenis biji popi
yang digunakan dalam penghasilan dadah untuk memasak masakan itu.
Ternyata khabar angin mengenai
perkara itu benar apabila Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri
Selangor, Alias Jaafar berkata, ujian yang dilakukan oleh anggotanya sendiri
mendapati kandungan rempah di dalam penghasilan nasi kandar sememangnya boleh mengakibatkan
kandungan air kencing menjadi positif dadah.
Alias berkata, ujian yang
dilakukan oleh lima orang anggota AADK mencatatkan kesemua kandungan air
kencing mereka positif dadah selepas mengambil makanan itu.
Justeru itu, dia menasihatkan
kesemua pengemar nasi kandar berhati-hati kerana bimbang sekiranya mereka yang
baru menikmati makanan itu akan ditahan dalam sekatan jalanraya kerana positif
dadah ketika ujian air kencing dijalankan terhadap mereka.
Bagi KedahNews.com, pihak AADK
dan pihak berkuasa harus berbincang mengenai pemasalahan ini kerana bimbang kesannnya terhadap masyarakat sekiranya ditahan ketika sekatan jalanraya diadakan di mana berkemungkinan mereka terdedah atas dakwaan penyalahgunaan dadah. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor