Nampaknya kemarahan lagenda rock
Amy Search kepada anaknya Nabila Huda sudah pun meluap-luap sehingga tidak
dapat dibendung lagi dek perangai anaknya itu.
Semalam, Amy telah mengamuk di dalam ruangan komen laman
Instagram Nabila sehingga terkeluarnya perkataan seperti p*****k dan b**i
ditujukan kepada lelaki yang bersama Nabila, menurut laporan Astro Gempak.
Sebelum
itu, Nabila memuatkan naik gambar dia bersama seorang lelaki ketika sedang
bercuti dipercayai kekasihnya saling berdiri dan berhadapan satu sama lain.
Komen
Amy adalah sekadar mengigatkan Nabila kerana anaknya itu dilihat semakin galak
memuatnaik foto percutiannya bersama kekasih di luar negara itu setiap saat.
Selain
memberi ingatan kepada anaknya Amy turut meluahkan rasa tidak berkenan kepada
sikap kekasih Nabila.
Foto
dan komen Amy itu turut mendapat reaksi daripada pengikutnya di Instagram apabila memberikan komen-komen
berunsur nasihat.
Mungkin terkesan dengan komen yang ditulis Amy, Nabila
telah menegur perbuatan bapanya itu menerusi laman Twitter.