Angkara Fitnah, Matanya Dikorek Bapa Mertua


London, 11 Jun – Kedua-dua belah mata seorang wanita telah dikorek oleh bapa mentuanya sendiri selepas dia disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki Islam yang berasal dari negara Pakistan.

Dalam kejadian yang berlaku di sini, Manjit Singh Mirgind, 51 , telah bertindak menyerang Jageer Mirgind dengan menggunakkan pisau dan mengorek mata menantunya itu di depan dua anak Jageer.

Selepas kejadian berlaku, Manjit baru menyedari bahawa dia sebenarnya telah tersalah sangka kerana menuduh menantunya meniduri seorang lelaki Pakistan sedangkan Jageer menjadi mangsa beberapa pangilan palsu.

Perbuatannya itu menyebabkan kedua-dua belah mata Jageer menjadi buta dan kedua-dua cucunya menjadi trauma akibat tindakanya terhadap ibu mereka.

Manjit berkata, dia sangat menyesal dengan tindakannya itu kerana bertindak melulu tanpa menyiasat tentang perkara itu dan menggangap dia telah memusnahkan keluarganya sendiri.

Dalam kertas pertuduhan mahkamah ke atas Manjit, semasa kejadian berlaku dia telah bertindak menendang muka Jageer dan menarik mangsa ke dapur serta memukul menantunya sehingga lemah lalu menikam kedua-dua belah mata wanita itu menggunakan pisau.

Isteri Manjit berkata, selepas kejadian berlaku suaminya bertindak melarikan diri dan dia telah menghubungi pihak polis dan ambulans untuk melaporkan mengenai insiden tersebut.

Pihak polis Berjaya menangkap Manjit dan dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun akibat kesalahanya itu. Sementara itu, Jageer dan anak-anaknya mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor