Anwar Dapat Rawatan Di IJN?



Kuala Lumpur, 22 Jun – Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah mendapat rawatan rapi mengenai masalah jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dan ditahan beberapa jam sebelum beliau dibenarkan keluar tengahari semalam.

Menurut laporan, Anwar yang merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah ditempatkan di wad 426 di IJN ketika mendapatkan rawatan.

Sekeping gambar telah dimuatnaik di dalam blog malaymerdeka.blogspot.com semalam, Anwar yang sedang dirawat di IJN telah menerima kehadiran pelawat dipercayai kenalan beliau.

Di dalam laman sosial akaun Twitternya, Anwar mengesahkan dia telah pergi ke IJN untuk menjalankan satu pemeriksaan terhadap masalah jantung  dihadapinya dalam satu status yang telah dimuatnaik pada jam 6.23 pagi, 20 Jun 2014.

Pada jam 12.52 semalam, Anwar telah dilihat mengemaskini satu status di Twitternya mengenai keadaan kesihatan jantungnya dan telah dibenarkan pulang pada petang semalam. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor