London, 15 Jun – Wartawan BBC
News, Stephen Sackur telah membidas setiap jawapan yang diberikan oleh Ketua
Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu temubual yang dikendalikannya
di stesen penyiaran tersebut di London, United Kingdom, baru-baru ini.
Dalam temubual itu, Anwar pada
mulanya cuba meraih simpati apabila menjaja kisahnya berdepan dengan kerajaan
Malaysia yang didakwa bersifat autoritarian.
Kenyataan itu telah dibidas oleh
Sackur, yang mengingatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa mahkamah di
Malaysia yang akan mengadili sebutan kes rayuan liwatnya terhadap Saiful Bukhari nanti.
Sackur juga mempersoalkan
tindakan Anwar yang menuduh mahkamah dan media di negara ini sebagai tidak
bebas sebagai satu tuduhan yang tidak berasas kerana sehingga kini dia beliau
masih tidak diterima oleh rakyat Malaysia.
“Anda telah menyampaikan mesej
itu kepada rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun tetapi nampaknya mereka tidak
menerimanya. Maksud saya, pihak pembangkang telah melakukan segala-galanya
dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) namum anda masih tidak boleh menang,”
kata Sackur kepada Anwar dalam temubual tersebut.
Selain itu, Sackur juga hairan dengan kenyataan Anwar yang
menyatakan parti pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) dalam undi popular
sedangkan dalam PRU13, BN memenangi banyak kerusi Parlimen berbanding
pembangkang.
Sementara itu, Sackur juga
berkata, sekiranya Anwar gagal dalam proses rayuannya terhadap kes liwatnya
terhadap pembantu peribadinya, Saiful Bukhari tiada tanda-tanda yang
menunjukkan rakyat di Malaysia akan mengadakan demontrasi jalanan bagi
membantah hukuman penjara kepadanya yang jika disabitkan kesalahan boleh
dihukum penjara selama 5 tahun.
Sackur berkata kepada Anwar dalam
nada sinis, tindakan Ketua Pembangkang itu mengalihkan topic perbincangan dari
isu politik semasa kepada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370
adalah satu tindakan yang sangat bijak.
Anwar yang sebelum ini menuduh
kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat kargo yang dibawa MH370 tetapi
tuduhan itu disangkal oleh kerajaan dengan mendedahkan dokumen mengenai
maklumat kargo kepada umum baru-baru ini.
“Kerajaan Malaysia mendakwa anda
mempolitikkan isu tersebut yang secara jelas mengewakan keluarga para penumpang
dan anak kapal yang masih hilang. Juga sangat sensitif dan anda berterusan
mempolemikkannya serta menimbulkan masalah dalam satu isu yang agak serius
untuk dipolitikkan,” ujar Sackur lagi.
Di Sini KedahNews.com ingin
berkongsi sedutan rakaman temubual tersebut yang telah dimuatnaik dalam
Youtube. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor