Apa Kena-Mengena Makan Strawberi Dgn Hisap Bat@76?

Hmm, penggunaan media sosial kalau digunakan secara baik, pasti banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperoleh daripadanya.
Tapi sejak kebelakangan ini, kebanyakan pengikut mahupun peminat yang sering kali mengikuti perkembangan semasa yang dikongsikan artis di medium media sosial sering kali tiada batas dalam memberikan komen sebagai memberi respons di atas perkongsian gambar mahupun status yang dimuat naik seseorang selebriti itu.
Namun, apa yang dikesalkan ialah seorang peminat menulis komen yang bukan-bukan dan agak lucah yang tidak sesuai ditayangkan kepada umum.
Terbaharu, ada seorang peminatnya, Roslan Ali meninggalkan komen yang berbaur lucah dalam gambar Yana Samsudin sedang memakan strawberi ketika bercuti di Bosnia, baru-baru ini.
Hai, harap-harapnya budak lelaki ni dapat muhasabah diri supaya tidak lagi meninggalkan komen-komen yang tak berapa elok kerana secara tidak langsung dari komennya itu kita dapat menilai keperibadian sebenarnya.
Sumber – MYNEWSHUB.MY
yana1