Ampang, 23 Jun – Tindakan seorang
isteri menegur perbuatan suaminya mencampak wang RM10 ke muka wanita itu
mengundang padah apabila dia teruk dibelasah oleh suaminya dengan menggunakan
topi keladar di kediaman mereka dekat Pandan Indah, di Ampang baru-baru ini.
Dalam kejadian yang berlaku jam
1.30 tengahari, mangsa yang kurang sihat meminta pertolongan suaminya untuk
menghantar ke hospital tetapi tidak diendahkan oleh lelaki itu.
Akibat desakan wanita itu, suami
mangsa bertindak mengambil wang RM10 ke muka wanita itu dan menyuruhnya pergi
ke hospital sendiri.
Perbuatan itu telah ditegur oleh isterinya dan teguran itu membuatkan lelaki itu mengamuk sebelum memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar.
Perbuatan itu telah ditegur oleh isterinya dan teguran itu membuatkan lelaki itu mengamuk sebelum memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar.
“Sebaliknya suspek mengambil wang tunai sebanyak
RM10 dan terus mencampak ke muka isterinya dan menyuruh mangsa pergi sendiri.
“Wanita terbabit yang tidak
berpuas hati dengan sikap suaminya itu menegur perbuatan lelaki itu menyebabkan
suspek memarahinya sebelum menendang dan menumbuk mangsa.
“Malah, suspek yang gagal
mengawal kemarahan mengambil topi keledar dan menghentak kepalanya isterinya
beberapa kali,” katanya seorang saksi.
Selepas memukul isterinya, lelaki
berusia 30 tahun itu bertindak mengunci wanita itu didalam rumah dan terus
keluar dari kediaman mereka.
Mangsa yang tercedera berjaya
keluar dari rumah selepas menjumpai kunci pendua kediaman mereka untuk
mendapatkan rawatan akibat kecerderaan dibahagian di hidung dan angota badan
yang lain. Sejurus mendapatkan rawatan, mangsa nekad membuat laporan polis di
Balai Polis Pandan Indah berkenaan kejadian yang berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner
Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan
siasatan lanjut sedang dijalankan.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor