Siapa tidak kenal dengan bintang
bola sepak Argentina, Lionel Messi? Pastinya semua peminat pemain ini bersorak
gembira melihat dia berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan Piala Dunia
menetang Bosnia-Herzegovina yang menyasikan pasukan tersebut menang 2-1.
Dalam edisi Piala Dunia di Afrika
Selatah sebelum ini, penyerang yang beraksi bersama kelab Barcelona itu tidak
berjaya menghasilkan sebarang gol dan kali ini dia membuktikan dirinya sebagai
seorang penyerang yang hebat.
Di sini apa yang KedahNews.com
ingin sampaikan mengenai Messi bukanlah mengenai kehebatannya di padang tetapi
keangkuhan yang dilihat tidak menghormati orang lain walaupun golongan ini
merupakan kanak-kanak.
Satu rakaman video yang
dimuatnaik di dalam laman sosial Youtube menunjukkan bertapa sombongnya pemain
ini apabila dia enggan bersalaman dengan seorang kanak-kanak yang menjadi
pengiring pasukan Argentina dalam perlawan yang berlangsung baru-baru ini.
Rakaman tersebut menunjukkan
kanak-kanak itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya namum Messi langsung tidak mengendahkan yang
menyebabkan kanak-kanak itu bertindak ke barisan belakang dengan riak muka yang
sedih.
Tindakan Messi mendapat kencaman
hebat daripada pengguna yang menonton rakaman video tersebut yang kebanyakkan
kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh seorang ikon itu.
Adakah ini menunjukkan sikap
sebenar seorang bintang bola sepak yang menjadi sanjungan ramai peminat?
Bagi KedahNews,com, apa yang
dilakukan Messi adalah satu tindakan yang sangat tidak menghormati perasaan
orang lain walaupun mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak yang
menjadikannya sebagai seorang idola.
Sekiranya anda berada di tempat
kanak-kanak itu apakah perasaan anda? Apakah tindakan yang anda lakukan kepada
Messi sekiranya ia berlaku pada diri sendiri atau anak anda?
Mungkin jika perkara ini
dilakukan dengan golongan yang mempunyai sifat baran yang tidak boleh dikawal,
KedahNews.com percaya Messi akan menerima padah daripada tindakan yang
dilakukannya. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor