ALOR SETAR – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Jitra
Datuk Saad Man meninggal dunia akibat kanser paru-paru awal hari ini.
Allahyarham Saad, 63, meninggal dunia di kediamannya di Lorong Enggang, Datuk Keramat AU di Kuala Lumpur pada pukul 5.30 pagi.
Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom berkata
jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU Datuk Keramat
selepas solat Zuhur semalam.
“Saya sedih dengan pemergian beliau kerana ia satu kehilangan besar.
Beliau merupakan seorang pejuang Umno dan walaupun terlantar sakit,
beliau masih bertanyakan tentang perkembangan Umno,” katanya semasa
dihubungi Bernama di sini. – BERNAMA