Belasah Rakan: Pelajar-Pelajar Perempuan Ini Dikehendaki Polis!


Ekoran penyebaran klip video pelajar perempuan yang teruk dibelasah sekumpulan pelajar perempuan lain di laman youtube baru-baru ini, pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan terkini mengenai "budak-budak" tersebut.

Menurut Penolong Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Jabatan Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad, pihak polis telah menerima satu laporan mengenai kejadian itu pada 24 Mei yang lalu.

Katanya, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sawarak.

Selain itu, Asmawati turut menjelaskan bahawa kes itu dilaporkan berlaku pada 25 April lepas dan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.

KedahNews.com berharap agar  menerusi tindakan undang-undang seperti ini dari pihak berkuasa, tidak ada lagi pelajar sekolah yang menganggap buli sebagai perkara ringan di masa akan datang.

Syabas PDRM..! -KedahNews.com

Berikut adalah kenyataan penuh dari PDRM:
“Satu klip video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar perempuan lain telah tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan.

ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT) 2 JUN 2014″
Berikut pula adalah klip video tersebut: