Selebriti terkenal yang kini aktif berpolitik bersama PAS mengaku tidak trauma untuk berumahtangga lagi meskipun sudah dua kali dia diuji dengan penceraian yang mencetus perhatian ramai, khususnya di kalangan peminatnya.
Abby berkata, dia tidak serik untuk mendirikan rumahtangga lagi selepas ini mengenangkan anak-anaknya dan mengaku memerlukan seorang suami kerana tidak mampu bersendiri menjalani kehidupan seharian.
"Saya tidak trauma. Saya tidak serik untuk berpasangan demi anak-anak. Seperti contoh, sukar untuk saya berjalan bersendirian membawa
anak-anak, saya risaukan perihal keselamatan.
"Saya mahu hidup dengan
kehadiran insan bergelar suami kerana tak semua perkara saya boleh
lakukan sendiri," kata Abby yang dipetik dari laman hiburan, Gua.com, hari ini.
Mengulas mengenai penceraiannya dengan Farhan, Abby turut menjelaskan perpisahan itu tidak dipinta, namun dia redha atas ketentuan Allah SWT.
Menyifatkan kegagalan rumahtangganya yang pertama, Abby mengaku ia berlaku atas kesilapan dan kekurangan yang banyak dalam dirinya.
"Menyentuh kepada kes saya dan Farhan, bukannya saya mahu semua perkara
ini terjadi. Cuma yang pertama dahulu, saya akui kesilapan saya kerana
banyak yang kurang dalam diri saya. Untuk kali kedua, berbeza dengan
yang dahulu kerana perbuatan saya berbeza kerana Iman.
"Saya redha dengan
apa yang berlaku,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia berkemungkinan rujuk kembali bersama Farhan selepas ini, Abby menjelaskan bahawa ia tidak mungkin berlaku dan sekiranya berlaku sekalipun, ia merupakan satu keajaiban.
"Bercakap mengenai berbaik semula, saya tidak mahu cakap apa-apa. Kalau
kami berbaik, itu adalah suatu keajaiban.
"Cuma saya tidak nampak jalan
untuk perkara ini. Saya harap sesuatu yang baik untuk dia. Semoga dia
lebih bahagia, saya harap Allah jaga dia," kata Abby mendoakan bekas suaminya itu. -KedahNews.com