Bibik Curi Duit Suami Fasha Sandha Dipenjara 6 bulan

Fasha Sandha bersama suami Rizal Ashram Ramli atau Jejai

Ampang, 2 Jun – Mahkamah Majistret Ampang menjatuh hukuman penjara enam bulan terhadap dua orang pembantu rumah selebriti terkenal Fasha Sandha kerana dipercayai mencuri wang milik suami pelakon tersebut, Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan, mereka didakwa mencuri matawang rupiah dan matawang Ringgit Malaysia berjumlah RM200 ringgit milik Jejai, 38 ,di sebuah rumah berhampiran Jalan Duta Suria, Ampang Jaya di sini pada 9.45 malam, 12 Mac lepas.

Kedua-dua yang terlibat mengaku salah selepas Hakim Majistret, Zulyana Zolkapli membacakan pertuduhan terhadap mereka yang di kenali sebagai Nilawati , 39, dan Sri Maniami, 35 , yang merupakan warga Indonesia.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka di tangkap iaitu pada 13 Mac 2014.

Sebelum ini, Kedua-dua tertuduh dilihat menangis teresak-esak dihadapan hakim mahkamah bagi meringankan hukuman yang dijatuhkan kepada mereka kerana ingin menyambut Ramadhan bersama keluarga di kampung.

Mereka didakwa mengikut seksyen 381 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor