Breaking News! PRK Kuala Terengganu Dalam Masa Terdekat??? (Updated)

Kuala Terengganu, 10 Jun - Desas-desus bertiup kencang mengatakan Parlimen P036 Kuala Terengganu bakal menyaksikan satu lagi Pilihanraya Kecil (PRK) untuk penggal ini ekoran khabar angin yang mengatakan penyandang Ahli Parlimennya diisytihar muflis.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dikhabarkan telah diisytihar muflis oleh mahkamah hari ini, di sini. Namun khabar berkenaan masih lagi berstatus khabar angin yang diragui.

Sekiranya desas-desus yang menggemparkan itu benar, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan mengumumkan kekosongan bagi Parlimen P036 Kuala Terengganu dan seterusnya mengadakan PRK, bergantung kepada ketetapan perlembagaan negara.

Pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lalu, Raja Bahrin yang mewakili PAS berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zubir Embong dan seorang lagi calon bebas, , Maimum Yusof, 95, atau lebih dikenali sebagai "Tok Mun", dengan majoriti 10,785 undi.

Jika PRK berlaku di Kuala Terengganu, ia merupakan ujian pertama buat Menteri Besarnya yang baharu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengambil alih tampuk pentadbiran negeri itu dari rakannya, Dato' Ahmad Said. 

Raja Bahrin bagaimanapun ketika dihubungi sebentar tadi menafikan khabar angin tersebut dan menyatakan membuat sidang akhbar di Parlimen kira-kira jam 11 pagi esok. (update hingga jam 7.05 petang) - KedahNews.com