Breaking News : Sabah Kembali Diceroboh Tentera Militan (SULU)??



Displaying 71362649351_freesize.gif

Sabah, 19 Jun – Info terkini yang KedahNews.com perolehi mengenai  Anggota Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan sedang bersiap sedia setelah menerima laporan megenai kemasukan penganas dipercayai kumpulan militan di perairan Sabah, semalam.

Menurut sumber yang diperolehi, pihak penganas dipercayai memasuki perairan Sabah dengan menggunakan beberapa buah bot pancung yang dilihat oleh beberapa penduduk tempatan baru-baru ini.

Daripada info yang KedahNews.com terima, ATM telah diarahkan supaya berada dalam keadaan sedia (standby) untuk menerima arahan dari pihak atasan sekirannya berlaku sebarang perkara yang mendatangkan bahaya kepada penduduk di negeri Sabah.

Adakah benar kemasukan kumpulan militan ini ada kena mengena dengan Tentera Kerajaan Sulu yang telah menceroboh kawasan Lahad Datu pada tahun lepas?

KedahNews.com tidak dapat mengesahkan mengenai kebenaran sumber yang diperolehi semalam. Jika benar laporan yang pihak kami terima, diharap kerajaan dapat memperjelaskan mengenai situasi yang dikatakan semakin meruncing dikawasan berkenaan.

Sumber itu juga meminta rakyat Malaysia mendoakan keselamatan pihak ATM sekiranya berlaku pertempuran bagi mengelakkan tragedi Lahad Datu berulang kembali yang telah mengorbankan sepuluh anggota keselamatan negara Malaysia.

Di sini KedahNews.com ada menerima sekeping gambar terbaru yang dipercaya anggota militan yang telah menceroboh masuk ke Perairan Sabah baru-baru ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Displaying IMG_0565.JPG