Kuala Lumpur, 16 Jun – Pelakon,
Nora Danish yang mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik sekeping gambarnya
memakai t-shirt ketat berwarna putih sehingga menampakkan susuk buah dadanya
dengan jelas di laman sosial Instagramnya hari ini menjelaskan dia memakai Push
Up Bra ketika foto itu di ambil.
Nora berkata, Push Up Bra
digunakan oleh wanita berfungsi untuk mengangkat payudara agar kelihatan lebih
menonjol berbanding saiz asal.
“Mereka tahu atau tidak ‘Push Up
Bra?,” katanya kepada media.
Akibat daripada foto yang telah
dimuatnaik oleh Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Haniff, 32, ada
segelintir pengikutnya di laman sosial itu bertindak melakukan ubahsuai (edit)
gambar untuk memperlihatkan payudaranya kelihatan lebih besar dan jelas.
Foto itu kemudian menjadi bahan
kecaman atau viral oleh pengguna laman sosial yang berpendapat Nora tidak
seharusnya memuatnaik gambar yang sebegitu di Instagramnya kerana dilihat
kurang sopan untuk ditonton oleh umum.
“Hanya kerana baju ketat yang saya
pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya jarang pakai baju ketat dan
sekali-sekali ada juga foto yang terlepas pandang.
“Foto
itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak saudara
saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias,” kata Nora. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor