Buah Dada Pecah Kerana Saiz Terlalu Besar


Wales, 19 Jun – Seorang wanita yang menggunakan buah dada palsu yang bernilai £4,000 (RM21,952) terkejut apabila mendapati buah dada yang dibuat dengan saiz yang sangat besar itu telah pecah.

Sebelum ini, Kim Brockhurst, 51 , telah menjalani satu pembedahan untuk membesarkan payudaranya dari saiz asal 32AA kepada saiz yang lebih besar iaitu 32B untuk kelihatan lebih menonjol.

Selepas berjaya menjalani pembedahan itu, dia mula menyedari bahawa buah dadanya menjadi berbonjol-bonjol dan kelihatan seperti cacat setelah beberapa bulan menggunakan payudara yang telah dimasukkan implan, Poly Implant Prothese (PIP) untuk membesarkan bahagian dadanya itu.

Menurut Brockhurts,dia mendapati implan PIP yang dimasukan itu telah pecah kerana silicon yang berada di dalam badannya dipercayai telah bocor.

 "Payudara kanan saya mempunyai lekukan besar dan implan di sebelah kiri telah pecah. Pihak hospital akan mengeluarkan implan tersebut tetapi mahu saya membayar £3,800 supaya buah dada saya dapat dibentuk semula.

"Teruk sekali apabila saya tidak mampu melakukan pembedahan itu apatah lagi selama ini silikon yang dimasukkan di dalam badan saya telah bocor. Saya tak tahu ke mana ia pergi (hilang) dan ia amat merisaukan saya," katanya.

Dalam pembedahan yang dijalankan itu, Brorckhurts berjaya mengecilkan kembali saiz buah dadanya kepada 34D. Kos pembedahan dibayar dan dirakam oleh Channel 5 untuk program realiti TV 'Botched Up Bodies'.


Kajian menunjukkan kira-kira 400,000 wanita diseluruh dunia mengalami masalah yang sama disebabkan implan PIP. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor