Pelakon jelita, Uqasha Senrose memohon agar seluruh peminat industri hiburan tanahair mendoakan perkara-perkara baik untuknya setelah membuat keputusan berhijrah mengenakan imej berhijab sepenuhnya.
Menurutnya, perubahan ke arah imej yang sewajarnya sebagai seorang muslimah itu tidak dipengaruhi atau dipaksa oleh sesiapa, sebaliknya atas kesedaran dan kemahuan dirinya sendiri untuk berubah ke arah Islam.
"Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa,
perkara ini tidak akan kekal.
"Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya
dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang
mendoakan yang baik-baik untuk saya," katanya yang dipetik dari sebuah laman hiburan, Gua.com, baru-baru ini.
Bekas kekasih aktor Pekin Ibrahim, ini juga enggan mewar-warkan perubahannya itu kepada para peminat dan lebih memilih untuk membiarkan orang ramai sendiri mengetahui mengenai penghijrahan tersebut secara diam-diam.
"Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang
saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu
juga mengenai perkara ini," katanya lagi.
Uqasha Senrose sebelum ini merupakan seorang aktress yang agak seksi penampilannya dan baru putus cinta dengan Pekin Ibrahim.
Berikut adalah beberapa keping gambar Uqasha yang kelihatan lebih manis dan menawan sejak bertudung litup, bertambah "meletop"! -KedahNews.com