Cheng Cheng baru berusia dua tahun namun dia
sudah dinobatkan sebagai kanak-kanak paling muda ketagih arak. Bayangkan pada
usia berkenaan, dia meneguk arak sama seperti minum susu.
Ketagihan tersebut membimbangkan kerana ia boleh
merosakkan organnya.
Cheng Cheng mula merasai wain pada usia 10 bulan. Dia
diberikan chopstick kesan wain oleh ibu bapanya bagi menghentikan tangisannya.
Akibat tindakan bodoh dan tidak berakal ibu bapanya
itu, budak itu tidak boleh duduk diam tanpa minum arak dalam sehari dan akan
meraung kerana ketagihan minuman berkenaan.
Dia boleh teguk sebotol arak dalam sehari tanpa mabuk
dan dia boleh menghabiskannya lebih cepat berbanding bapanya.
Keadaan bertambah buruk apabila tiba musim perayaan
kerana Cheng Cheng pasti mahu minum arak, selepas menyaksikan keluarga dan
saudara-maranya minum minuman itu.
Meskipun ibu bapanya cuba menukar minuman lain seperti
susu dan jus buah, namun dia enggan menerimanya.
Tabiat buruk itu menyebabkan orang ramai terutama
doktor meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan meminta
supaya kanak-kanak itu ditempatkan di rumah kebajikan.
Sumber : MyNewsHub.My