Johor Bharu, 10 Jun – Seorang doktor
di sebuah hospital swasta di sini didakwa meramas buah dada seorang pesakitnya
ketika menjalankan pemeriksaan terhadap wanita tersebut.
Kejadian dilaporkan berlaku
kira-kira jam 10.30 pagi jumaat lalu ketika wanita itu yang hanya mahu dikenali
sebagai Nurul, 34 , ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan
berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah dan menghadapi kesukaran untuk
membuang air.
Ketika dalam proses rawatan, doktor
tersebut mengarahkan dia berbaring untuk menjalankan pemeriksaan pada bahagian
tekaknya.
“Ketika itu, hanya kami berdua di
dalam bilik pemeriksaan manakal jururawat berada di luar bilik. Saya tidak
bersangka buruk dan mempercayainya kerana doktor tersebut pernah merawat saya
sebelum ini,” kata Nurul kepada Media.
Selepas menjalankan pemeriksaan
di bahagian tekak doktor tersebut mengarahkan dia supaya menanggalkan baju dan
coli bagi tujuan pemeriksaan.
“Disebabkan mempercayainya, saya
hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli namun dia meramas
buah dada saya hingga saya berasa sakit.
“Saya mula curiga dan takut
apabila doktor menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya
melakukan hubungan seks,” jelas Nurul yang merupakan seorang ibu tunggal.
Menurutnya lagi, ketika dia
bersiap memakai baju, doktor tersebut bertindak memeluknya dari belakang dan sekali lagi meramas buah dadanya.
“Malah doktor juga menarik tangan
untuk memegang kemaluan saya. Tindakannya itu membuatkan saya terus keluar dari
bilik pemeriksaan,” jelasnya lagi.
Nurul berkata, selepas kejadian
dia ada berjumpa seorang kakitangan hospital berkenaan yang berada di hadapan
kaunter tetapi dia diminta untuk tidak melakukan sebarang laporan berhubung
kejadian yang berlaku.
Bagaimanapun dia memutuskan untuk
tidak mematuhi arahan tersebut kerana bimbang kejadian yang berlaku itu akan
memberikan kesan buruk terhadapnya serta dua orang anak perempuan yang berusia 6
dan 7 tahun.
Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Selatan sehari selepas kejadian.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor