Chef selebriti terkenal, Chef Wan, melenting marah apabila rakyat Malaysia khususnya umat Islam bercakap mengenai isu halal dan haram membabitkan babi dan menyifatkan mereka sebagai "moron" (bodoh) serta memburukkan imej negara
Lebih mengejutkan lagi melalui laman Instagramnya, Chef Wan melabelkan budu, cencaluk, ikan masin dan belacan sebagai "bangkai" makanan laut yang busuk selain mendakwa masyarakat yang mempersoal tentang isu tersebut sebagai "katak di bawah tempurung.
"Apa budu dan cencalok itu bukan ke bangkai makananan laut yg busuk mau
pun ikan masin serta Perkasam dan belacan itu tak busuk ke?
"Susah jika manusia yg hidup mereka macam katak bawah tempurung ini.
"Shame on this moron that today is destroying the image of this country
and causing alot of tension among other races with their itu haram dan
ini haram! Dah tahu haram diam sudah la," kata chef selebriti terkenal itu.
Memikirkan tentang kewajaran kenyataan Chef Wan tersebut, KedahNews.com terbayangkan rakyat dan tokoh-tokoh di Kelantan termasuk Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat serta para pemimpin beragama Islam di sana.
Terlintas pula di fikiran sekiranya Nik Aziz sedang duduk berselera menikmati hidangan budu seperti kebiasaan rakyat Kelantan lain yang kebanyakkannya tidak sah makan nasi tanpa makanan tradisi negeri itu setiap hari.
Persoalan seterusnya berdasarkan kenyataan Chef Wan itu, dia secara tidak langsung seolah-olah mendakwa Nik Aziz, para pemimpin dan rakyat Kelantan setiap hari gemar makan "bangkai" makanan laut yang busuk!
Perumpamaannya adalah seperti berikut:
Fakta primer: Budu, cencaluk, ikan masin dan belacan adalah bangkai makanan laut yang busuk.
Fakta sekunder: Nik Aziz makan budu pada setiap hari.
Kesimpulan: Nik Aziz makan bangkai makanan laut yang busuk pada setiap hari.
Apa pula kata anda? Apakah budu, cencaluk, ikan masin dan belacan layak dikategorikan sebagai bangkai yang haram dimakan umat Islam?
Apakah pengertian dan definisi bangkai dari sudut kefahaman Chef Wan? Seterusnya, apakah pengertian dan definisi bangkai dari sudut Syariah Islam dan para fuqaha'? KedahNews.com serahkan pada pembaca untuk menilai... -KedahNews.com