Penyanyi terkenal antarabangsa, Jennifer Lopez atau
dikenali sebagai JLO dikhabarkan telah putus cinta dengan kekasihnya, Casper
Smart setelah mengetahu lelaki itu mempunyai hubungan seorang model transgender
(maknyah).
Pengakuan mengenai kisah cinta bersama Casper Smart
dibuat oleh Jennifer dalam satu program Wawancara iaitu Watch What Happen Live.
Dalam program yang menampilkan Andy Cohen sebagai
pengacara, Jennifer telah ditanya mengenai kebaikan dan keburukkan bercinta
dengan seorang penari sebelum ini.
“Saya
pernah bercinta dengan dua orang penari, pertama saya berkahwin dengan Cris
Judd dan bagi saya dia adalah seorang lelaki luar biasa yang saya cintai.
“Kemudian
dengan Beau (Casper Smart), kami baru sahaja putus, namun bagi saya dia seorang
kawan yang sangat baik,” katanya.
Daripada
kenyataan yang telah dibuat itu telah menjelaskan mengenai perhubungan bersama
Casper Smart sudah berakhir sekaligus dakwaan kekasihnya telah menjalinkan
hubungan bersama maknyah itu adalah benar.
Sebelum
ini media antarabangsa melaporkan mengenai krisis perhubungan Jennifer dengan
kekasihnya itu mula bergolak kerana lelaki itu dipercayai telah mengadakan
hubungan sulit bersama seorang model maknyah. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor