Kota Bharu - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesedihan di atas berita perceraian Abby
Abadi dan suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar.
Ketika menghubungi Abby pagi tadi di pejabatnya di Institut Pemikiran
Tok Guru dekat sini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menasihati Abby supaya
bersabar ketika menghadapi dugaan hidup apatah lagi setelah menyertai
jemaah Islam.
Beliau menghubungi Abby sejurus setelah membaca berita berkenaan perceraian Abby dan suaminya di akhbar, hari ini.
Tuan Guru ketika ditemui Harakahdaily mengakui turut berdukacita di atas perceraian kali kedua artis itu.
“Sewaktu
majlis perkahwinannya sebelum ini saya sudah merasa sedih kerana tidak
dapat hadir, hari ini saya merasa sedih kerana beliau telah
bercerai,”ujarnya.
Beliau bagaimanapun berharap Abby Abadi bersabar dengan ujian hidup yang ditempuhinya dengan berserah kepada Allah.
Tuan Guru Nik Aziz berdoa semoga Abby tabah dalam menghadapi ujian hidup.
“Sebagai
seorang yang telah bersama jemaah Islam, saya berharap semoga dia tabah
dan biarlah ujian itu membuatkan dia semakin tabah,”ujarnya.
Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37 disahkan
bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Timur pada Rabu.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai yang
dibuat Farhan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei selaku
defendan adalah sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.
Pasangan ini bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.
Abby sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. -Harakahdaily