Menamakan anak sama dengan tokoh agama dan sejarah adalah
perkara biasa dalam kalangan ibu bapa.
Malah terdapat ramai ibu bapa turut menamakan anak sempena
sesuatu yang meninggalkan kesan kepada mereka termasuk nama tempat, bulan
kelahiran dan sebagainya.
Maka tidak hairanlah sempena Piala Dunia yang sedang hangat
berlangsung tahun ini, ada ibu bapa yang terkesan hingga menamakan anak mereka
sempena nama pemain bola sepak negara yang disokong.
Contohnya salah seorang bayi yang dilahirkan pada 21 Jun lalu di
Hospital Putrajaya dinamakan bapanya sempena pemain Portugal dan Brazil,
Ronaldo dan Neymar.
Mungkin dengan menamakan anaknya begini, si bapa mengharapkan
agar anak lelakinya bakal membesar menjadi pemain bola sepak hebat satu hari
nanti sekaligus dapat mewakili Malaysia ke Piala Dunia agaknya.
Apa pun, nama tidak penting kerana yang lebih utama adalah
bagaimana didikan diberi hingga anak membesar menjadi manusia berguna.
Sumber: Mynewshub.my
Sumber: Mynewshub.my