Alor Setar - Menerusi sebuah video yang sempat KedahNews.com rakam di ibu pejabat DAP Kedah semalam, kami diberitahu tentang ketidakpuasan hati kepimpinan parti pembangkang itu terhadap Pengerusi Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari, dan kepimpinan DAP di peringkat Pusat.
Menariknya, di dalam salah sebuah klip rakaman tersebut, kami dapati salah seorang pemimpin DAP Kedah yang hadir di sidang akhbar tersebut telah mengeluarkan kenyataan seolah-oleh mengecam Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kenyataan yang dirakam secara tidak sengaja itu bagaikan mengkritik sebahagian penyokong Lim Kit Siang yang dikatakan cuba menjadikan parti tersebut sebagai "hak milik persendirian" tokoh veteran DAP itu.
"Kita demokratik...depa ingat DAP tu untuk Lim Kit Siang ka?", kata pemimpin DAP yang dipercayai berbangsa Melayu di dalam sidang akhbar tersebut.
Berikut adalah rakaman klip video yang kami maksudkan: -KedahNews.com