Kuala Lumpur, 12 Jun – Pelakon
cantik, Nur Fathia menafikan laporan yang tersebar di media sosial mengenai
laporan dirinya telah ditengking oleh kekasihnya di khalayak ramai iaitu
pelakon, Aiman Hakim Ridza.
Nur Fathia yang ditemui media
baru-baru ini laporan yang tersebar itu tidak menjejaskan hubungannya dengan
pelakon itu dan menegaskan dirinya tidak pernah dimarahi oleh Aiman.
Menurutnya lagi, kemungkinan
berlaku salah faham dikalangan peminat kerana mungkin ketika itu dia dan Aiman
sedang bergurau semasa kejadian berlaku.
“Aiman tidak pernah
menengking saya di hadapan orang ramai dan saya kesal dengan tuduhan itu. Kami
selalu bergurau dan adakalanya tampak kasar tapi itulah cara kami. Mungkin ada
yang menilai perbuatan itu seperti kami sedang bergaduh besar.
“Kami masih bersama dan
hubungan kami tiada masalah, Cuma kalau ada pun ia hanyalah lumrah dalam bercinta.
Mungkin selepas ini, kami akan lebih berdiam diri dan tidak terlalu terbuka
berkongsi cerita cinta lagi memandangkan timbul cerita kurang enak
mengenai kami,” kata pelakon itu.
Dalam perkembangan lain, Nur
Fathia memberitahu dirinya telah dilantik menjadi duta baru Pantene dan
berharap peminat mendoakan hubungannya bersama Aiman akan berkekalan sampai ke
jinjang pelamin. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor