Fafau intim dengan Hai ‘O’ ?


Petaling Jaya, 5 Jun – Penyampai radio dan pengacara, Fara Fauzana menolak dakwaan yang dia kin sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pemain bola sepak dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Hai O di kalangan peminat sukan ini.

Menurut Fara, dia mengakui berasa terkejut apabila mengetahui mengenai gosip perhubungannya dengan bekas pemain kebangsaan itu sedangkan mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain secara peribadi sebelum ini.

“Saya hanya kenal dia sebagai pemain bola sepak kerana saya memang minat sukan itu dan gosip berkenaan sama sekali tidar benar,” jelasnya kepada media.

Dalam pada itu, Fara menegaskan dia tidak berkecil hati di atas penyebaran gosip tersebut dan menganggap perkara itu  lumrah kehidupan sebagai seorang artis tetapi berasa sedikit kecewa apabila tindakan yang kini berselendang diikaitkan dengan bintang bola sepak berkenaan.

"Saya mula memakai selendang bukan kerana sesiapa tetapi atas kehendak diri sendiri.

"Gosip mengatakan saya berbuat demikian kerana orang lain yang saya sendir tidak kenal memang membuatkan saya sedih," jelasnya lagi.

Fara juga berkata, dia tidak terganggu dengan kritikan yang di terima oleh segelintir peminat yang menegur supaya terus mengunakan tudung yang dilihat lebih menutup aurat berbanding selendang yang sering gunakanya sekarang ini.
"Saya seorang yang 'kering hati' dan tidak begitu peduli apa juga kritika yang dilemparkan kepada saya.
"Paling penting saya tahu niat sebenar saya dan berharap semua pihak dapat mendoakan perkara yang baik-baik tentang saya," pintanya lagi. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor