Minggu lalu para peminat perkembangan dunia selebriti tanahair terkejut besar apabila bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi, dilaporkan telah diceraikan oleh suami barunya, Noor Farhan Che Bakar, sebanyak dua kali.
Rentetan penceraian yang salah satunya dilafazkan Farhan melalui sistem pesanan ringkas (sms) terhadap Abby, pasangan tersebut telah membawa kes penceraian mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak.
Meskipun mengaku masih sayang pada Farhan, Abby menganggap lelaki itu terlalu muda untuk dijadikan suami dan baru saling kenal mengenal selepas berkahwin.
"Pada saya dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya sebagai suami dan
kami juga baru kenal mengenali selepas berkahwin. Mungkin ada beberapa
perkara yang dia tidak dapat faham," kata Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan kepada media baru-baru ini.
Untuk rekod, Abby hanya mengenali Farhan untuk seminggu dua sebelum mengambil keputusan untuk bernikah pada 9 Julai tahun lalu.
Terdahulu Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli
Jamaludin pada Khamis lalu menangguhkan kes permohonan pengesahan lafaz cerai
yang difailkan Abby terhadap Farhan, 24, kepada 11 Jun ni
selepas terdapat satu lagi lafaz cerai yang belum difailkan dan
disahkan oleh mahkamah. -KedahNews.com