Petaling Jaya, 25 Jun - Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia
dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya
iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, dia terpaksa menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka mempersoalkan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish yang banyak memuatnaik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.

“Saya beranganggapan komen-komen seperti
itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu
kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya
di laman sosial.
"Tujuan saya berbuat demikian agar
mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika
ini.
"Status itu adalah teguran kepada
pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif
kepada saya," katanya kepada mStar
Online menerusi aplikasi WhatsApp pada
Selasa.
Pada
petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai
komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagram berbanding
Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014)
yang berlangsung baru-baru ini.
Perkara
tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora
dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia
boleh melukakan hatinya.
Bagaimanapun
kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya
yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen
positif yang diterima.
Sementara itu, ditanya adakah dia
mempunyai hubungan akrab dengan keluarga Jejai, Fasha enggan mengulas tentang
perkara tersebut.
"Soal sama ada saya akrab atau tidak
dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen.
"Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya," tuturnya.
"Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya," tuturnya.
Sumber -Mstar