Fazura Akan Berkahwin Dalam Masa Terdekat?

 

Pelakon yang sering dihimpit pelbagai kontroversi panas, Fazura akan dilaporkan akan menambatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Menurut sumber yang KedahNews.com perolehi, kebanyakkan peminat pelakon berusia 31 tahun ini membuat andaian mengenai artis kesayangan mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Penyebaran mengenai berita ini berlaku gara-gara tindakan Fazura memuatnaik gambarnya sedang mecuba selendang dan turut kelihatan dalam foto itu sebentuk cincin berlian di jari manis pelakon itu.

Sebelum ini, Fazura dilaporkan telah putus cinta dengan seorang ahli kerabat diraja dan telah meminta pihak media untuk tidak mengaitkannya dengan mana-mana lelaki lagi.

Tindakan itu mungkin bertujuan untuk memberi ruang kepadanya menguruskan sebuah butik milknya, House of Doll yang baru dibuka dua tahun yang lalu.

Adakah benar dakwaan itu? Sekiranya benar, siapakan lelaki yang bertuah akan mendapat pelakon jelita ini?
KedahNews.com begitu teruja menanti siapakah lelaki yang dimaksudkan akan berkahwin dengan pelakon yang sering menjadi rebutan orang-orang kenamaan untuk dijadikan teman hidup.


Pihak KedahNews.com berharap Fazura akan tampil menjelaskan mengenai isu berkenaan dan sekiranya laporan ini benar, kami ucapkan tahniah kepada aktress ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor