Kuala Lumpur, 25 Jun – Akaun Facebook(FB)
milik ibu kepada kanak-kanak malang, Mohd Firdaus Dullah, 15, dipercayai telah
digodam oleh seorang pengguna laman sosial sejak malam semalam.
Daripada tinjauan yang dilakukan
oleh akhbar Sinar Harian mendapati akaun yang menggunakan nama Imashima Lola
telah diceroboh sekitar jam 7.00 malam semalam dengan menggunakan nama Syah
Rilek Crew.
Pengodam akaun ini juga dilihat
memuatnaik status yang mendatangkan kemarahan kepada pengguana laman sosial ini
sehinggakan mereka meninggalkan beberapa komen berunsur kecaman terhadap
pemilik asal akaun FB ini.
Dakwaan akaun ini telah berjaya
digodam adalah sangat jelas kerana pemilik asal akaun FB tersebut yang
merupakan ibu kepada Mohd Firdaus masih ditahan di balai polis seja ahad lalu
dan akan dibebaskan hari ini.
Sebelum ini, para pengguna laman
sosial berjaya menemui akaun FB yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak malang
itu selepas menjumpai beberapa keping gambar milik kanak-kanak tersebut di
dalam laman sosial tersebut.
Penemuan akaun FB, Imashima Lola
itu mendapat perhatian para pengguna yang lain yang kebanyakkan mereka mencemuh
tindakan wanita ini membiarkan anakknya di dalam sebuah rumah yang sangat kotor
dan mengabaikan Mohd Firdaus yang merupakan seorang kurang upaya (OKU).
Kes tersebut masih dalam siasatan
dan jika disabitkan kesalahan, dia akan didakwa di bawah Sekyen 31 Akta
Kanak-Kanak 2001 dan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor